My Handpainted Gallery

MY BESTSELLER

Monday, August 4, 2008

SPECIAL ANNOUNCEMENT - CHARITY SALE..please read..


Assalamualaikum rakan-rakan yang dihormati sekelian...

Sempena bulan Ramadhan & Syawal yang bakal menjelang ZALIN FOLK ART & CRAFTS kini mengadakan JUALAN AMAL(CHARITY SALE) di mana sebahagian wang hasil jualan produk-produk berikut iaitu napkin/serviette, carpet, flower arrangement, tray collection & hamper hari raya(COMING SOON) akan didermakan ke rumah anak-anak yatim dan miskin ASRAMA HALUAN PENYAYANG(just next to my parent's house) di Lot 4213, Jalan Klinik, Bukit Naga, Seksyen 32, Shah Alam. Sumbangan anda walaupun sedikit amatlah dihargai dan amat bermakna kepada anak-anak ini bagi menyambut Aidilfitri nanti kerana pihak pengurusan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada sumbangan masyarakat khususnya para dermawan untuk lain-lain keperluan seperti kos-kos operasi, pengurusan bangunan dan akitiviti pelajar. Segala bentuk sumbangan anda didahului dengan ucapan terima kasih dan semoga diangkat di sisi Allah s.w.t sebagai amal jariah. Aamin...Insya Allah...

*Hadith yang diriwayatkan oleh At-Thabrani yang bermaksud "Sesungguhnya sedekah itu menutup 70 pintu keburukan"....*



PROFAIL ASRAMA HALUAN PENYAYANG

Asrama Haluan Penyayang(AHP) yang ditubuhkan pada Januari 2006 merupakan sebuah pusat aktiviti pendidikan dan penginapan bagi anak-anak yatim dan miskin dari pelbagai latar belakang di bawah penyeliaan HALUAN(Pertubuhan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia-sebuah pertubuhan bukan kerajaan). Selain daripada menyempurnakan segala keperluan asas dan pendidikan, bimbingan dan motivasi serta latihan akan diberikan agar mereka mampu berdikari, menjadi insan yang memiliki jatidiri dan boleh dicontohi oleh insan yang senasib dengan mereka.

Pusat jagaan yang pada asalnya ialah bangunan Pusat Tahfiz Al-Quran(Darul Miftah As Sa'adah) bagi pelajar perempuan ini terletak di atas sebidang tanah yang diwakafkan oleh Tuan Haji Miftah(bekas Imam Kg Bukit Naga). Setelah bertukar fungsi sebagai pusat jagaan anak-anak yatim kini asrama ini menempatkan seramai 17 orang anak-anak yatim dan miskin lelaki yang berumur di antara 12-17 tahun.

Pengarah Projek : En Wan Rafi Wan Hussin(013 6714502)
Mudir : Ustaz Abdul Manas Hussin


Lain-lain bentuk sumbangan:
  1. Tajaan Dermasiswa penghuni asrama anak-anak yatim dan miskin(RM350.00 sebulan seorang)
  2. Sumbangan Tetap Bulanan/Tahunan (RM........sebulan/tahunan)
  3. Tajaan Barangan Makanan seperti beras, gula, minyak masak, roti, biskut, bawang, ubi kentang, sos, kicap dan lain-lain.
  4. Sumbangan komputer peribadi (RM2000 sebuah)
  5. Sumbangan perabot atau peralatan seperti kerusi, meja, almari dan lain-lain yang difikirkan sesuai

**Thank you my dear viewers for your kind attention..and please convey this message to your friends..and your loved ones..May all of us be blessed by Allah the Almighty...

0 comments:

Sharing is Caring...(dipetik dari Segmen Soal Jawab -JAKIM)

Di
Tarikh Hantar Soalan
:
15/03/2007 03:53 PM
Soalan
:
Apakah hukumnya menggunakan pinggan mangkuk yang dibuat dari abu tulang haiwan. Contohnya dalam website dibawah:
http://home.howstuffworks.com/lenox.htm/printable.
Jawapan
:
Hukum menggunakan abu tulang haiwan yang tidak halal dimakan seperti tulang babi dan seumpamanya dan tulang binatang halal(seperti lembu) tetapi tidak disembelih mengikut hukum syarak untuk membuat pinggan mangkuk adalah haram digunakan oleh umat Islam..
Status
:
Selesai - Paparan Web.
.Nombor Rujukan
:
PANEL SJAI 280807
Tarikh Selesai
:
28/08/2007 03:04 PM

(Untuk makluman semua, apa yang saya tahu/faham ialah biasanya pinggan mangkuk yg mempunyai unsur tulang haiwan akan ditulis/dicetak 'Fine Bone China' di bawahnya. Memang tidak dinafikan produk 'Fine Bone China' mempunyai 'finishing' yg cantik dan 'kekuatan' yg lebih berbanding 'fine porcelain' dan 'stoneware' yg lebih murah harganya tetapi jika berasa waswas lebih baik dielakkan daripada membeli & menggunakannya - Wallahua'lam)



Fine China - Dinnerware designated as "Fine China" usually indicates that feldspar, a glassy and hard crystalline mineral made up mainly of aluminum silicates rather than bone ash has been used as the fluxing (fusing or bonding) agent. Fine china does not have the pure white body seen in bone china - it tends to have a grey-white hue. Bone China - The ingredients of bone china are china clay, china stone, silica, alumina, alkalies, lime and bone ash. It is fired at high temperatures of 2300 to 2500 degrees Fahrenheit. In the best grades of English bone china 50% or more of the body consists of refined bone ash prepared from specially selected animal bones which are reduced to a fine powder by heat. The bone is mixed with the finest china clays and highest quality Cornish stone. Specially skilled workers are needed in the manufacture of bone china and the best and most highly skilled in the world are found in the pottery district of England. Porcelain - Today the term porcelain is used loosely to describe shaped clay fired at extremely high temperatures, much higher than used in conventional china manufacture. When shaped thin enough porcelain is translucent, as is bone china. As a matter of fact, the recipe for both porcelain & bone china are closely aligned. The term "bone china" however, indicates that calcined animal bone ash (usually 25% to 50% of the total mixture) has been added to the basic batter of white clay and pulverized stone. Semi-Porcelain - A harder, more durable form of earthenware. The principle ingredient is china clay or feldspathic clay baked at a high temperature. Often the term semi-porcelain and high-grade earthenware are interchangeable.