Alhamdulillah dengan izin Allah swt akhirnya semalam dapat juga saya menjejakkan kaki ke Rumah Amal Kasih Bestari selepas tertangguh beberapa kali atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan . Selepas membaca satu artikel di dalam majalah JELITA keluaran Hari Raya yang lepas hati saya bagaikan terpanggil untuk menjenguk sendiri kanak-kanak di sini. Walaupun pada kali ini saya tidak dapat bersua muka dengan pengasas rumah amal ini iaitu Ustaz Hamzah Busu & isteri beliau namun kesempatan berbual dengan Suhaimi iaitu anak kepada pasangan ini sudah cukup bermakna bagi saya. Sebaik melangkah masuk ke rumah ini hati terhibur seketika melihat telatah kanak-kanak di sini yang sedang leka bermain namun jauh di sudut hati perasaan sebak dan sedih bagaikan tak tertahan lagi. Apatah lagi ketika melihat betapa gembiranya kanak-kanak di situ menerima sedikit sumbangan yang dapat dihulurkan...(terima kasih kepada anda yang telah sudi menyumbang dengan membeli sambil menderma)
Menurut Suhaimi, kanak-kanak di sini yang berjumlah 30 orang iaitu 17 lelaki dan 13 perempuan berumur 7-12 tahun rata-ratanya adalah terdiri daripada mereka yang kematian ibu atau bapa, mangsa penceraian dan fakir miskin yang sebahagian besarnya dari sekitar Lembah Klang tetapi terdapat juga sebahagian kecil dari Kelantan dan Sabah.
Rumah amal ini diasaskan oleh seorang insan prihatin berhati mulia iaitu Ustaz Hamzah Busu yang berasal dari Mentakab, Pahang. Beliau yang merupakan bekas seorang guru ugama kini menumpukan sepenuh perhatian menguruskan rumah amal ini sejak September 2007. Dengan inisiatif beliau dan rakan-rakan terdekatnya dua buah rumah unit hujung(corner lot) disewa di Taman Subang Bestari bertujuan menempatkan kanak-kanak lelaki dan perempuan secara berasingan. Rumah amal ini kini mempunyai petugas tetap dan beberapa sukarelawan yang mempunyai tugas-tugas khusus bagi memastikan perjalanan harian RAKB berjalan lancar.
Menurut beliau lagi perbelanjaan menguruskan rumah ini (termasuk cawangan baru di Sungai Penchala, Damansara) adalah sekitar RM25,000.00 sebulan di mana perbelanjaan keperluan makan dan minum sahaja berjumlah RM6 000.00 sebulan. Justeru menurut beliau sumbangan dari masyarakat dalam bentuk wang ringgit, barangan makanan, pakaian, peralatan sekolah dan kelengkapan mandian amatlah diharapkan. (Sebelum mengakhiri perbualan Suhaimi sempat memberitahu pada waktu ini barangan yang sangat diperlukan ialah barangan keperluan dapur(barangan basah) seperti bekalan ikan, ayam/daging, telur. Semoga ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan..)
Walaupun hanya sebentar sahaja dapat bermesra dengan kanak-kanak di sini, sepanjang perjalanan memandu pulang seribu keinsafan menyelubungi diri sambil jauh di sudut hati berdoa..Ya Allah berilah aku dan insan-insan lain petunjuk dan kekuatan agar dapat membantu anak-anak ini dan insan yang senasib mereka dengan cara yang terbaik dengan izin dan limpah kurnia-Mu Ya Allah...amin ya rabbal'alamin...


Sebahagian penghuni sempat memberikan pose istimewa....****Kepada anda yang ingin menghulurkan bantuan sama ada tenaga, fikiran, wang ringgit, barangan keperluan harian dan sebagainya, boleh berhubung terus dengan USTAZ HAMZAH BUSU(016 251 6515) atau USTAZAH WAN ROKIAH(014 6648103).
**Sumbangan kewangan juga boleh dimasukkan terus ke akaun MAYBANK 5620 8551 3207 atas nama KASIH BESTARI.
*Untuk menderma melalui SMS pula sila taip :
DERMA(nilai derma sama ada RM2, RM3 atau RM5)KASIH dan hantarkan ke 39118. (Hanya untuk pengguna talian Celcom, Maxis dan DiGi sahaja)
Contoh: DERMA5 KASIH dan hantarkan ke 39118
Segala bentuk sumbangan anda amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga kita sama-sama mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah swt...
##Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Hendaklah setiap dari kamu memelihara wajahnya dari api Neraka walaupun dengan (bersedekah) dengan separuh kurma..."
##maksud hadith : "Tidak berkurang harta benda dengan kerana bersedekah.."
Terima kasih kepada Norazlina Kamarudin, Penulis majalah JELITA atas kerjasama yang diberikan.
**Sumbangan kewangan juga boleh dimasukkan terus ke akaun MAYBANK 5620 8551 3207 atas nama KASIH BESTARI.
*Untuk menderma melalui SMS pula sila taip :
DERMA(nilai derma sama ada RM2, RM3 atau RM5)
Contoh: DERMA5 KASIH dan hantarkan ke 39118
Segala bentuk sumbangan anda amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga kita sama-sama mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah swt...
##Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Hendaklah setiap dari kamu memelihara wajahnya dari api Neraka walaupun dengan (bersedekah) dengan separuh kurma..."
##maksud hadith : "Tidak berkurang harta benda dengan kerana bersedekah.."
Terima kasih kepada Norazlina Kamarudin, Penulis majalah JELITA atas kerjasama yang diberikan.











1 comments:
Yayasan Kebajikan & Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM)/Laman Web: www.ykppm.org.
Assalammualaikum wrt.wbt.
Maafkan kami sekiranya email ini menggangu ketenteraman tuan/puan. Kami lakukan ini demi kebajikan dan kesejahteraan hidup anak-anak yatim dan golongan Asnaf Zakat di Rumah Amal di bawah naungan YKPPM. Kami telah mendapatkan alamat email tuan/puan melalui carian internet dan seterusnya menghantar email merayu sumbangan dari tuan/puan yang budiman.
Rumah amal ini amat memerlukan sumbangan Tuan/puan bukan sahaja bagi menampung perbelanjaaan untuk menyara anak yatim dan anak-anak golongan Asnaf Zakat yang bernaung di bawah pertubuhan kebajikan ini. Malah kami juga memerlukan sumbangan Tuan/Puan untuk menyediakan kemudahan pembelajaran dan rekriasi untuk anak-anak yang kurang bernasib baik ini.
UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA LAYARI: www.rumahamal.org
Sumbangan Tuan/puan ke salah satu akaun Maybank berikut:
(a) Rumah Kasih Harmoni : 5121- 8313- 4032 (Tersedia Kemudahan Online)
(b) Rumah Siraman Kasih : 5626 -1210 -4020
(c) YKPPM : 5647 -9910- 3658
Setiap sumbangan melebihi RM500.00 akan diberikan resit pengecualian cukai pendapatan (atas permintaan) : Ruj: LHDN. 01/35/42/51/179-6.5132
Sukacita sekitanya tuan/puan dapat kemukakan butir-butir berikut setelah tuan/puan membuat sumbangan:
(1) Nama (2) Alamat (3)No telephone dan (4) Email
Sila forwardkan e-mail ini kepada semua kawan dan kenalan anda kerana ianya juga di anggap membantu dan di kira sebagai sedekah
Sekian, wassalam.
Yang berusaha,
SUMAYYAH PFORDTEN
Emal: sumayyah@rumahamal.org
Sukarealawan YKPPM, RKH & RSK
HP: 0136968546
Sumbangan berupa barangan / makanan bolehlah dihantar terus ke wisma atau hubungi terus wakil kami seperti di bawah:
Lembah Kelang : Ust. Zahari – 013-3303430
Semenyih & Mantin : Usth. Zaiton - 019-2645313
Kajang dan kawasan berdekatan : En. Ku. Hafiz - 012-4374379
Putrajaya, Puchong dan sekitarnya : Usth. Nafisah: 019-2985228
Petaling Jaya dan sekitarnya : En. Zuki – 012-7697457 / 03-78038426
Sentol, Gombak & Selayang : Pn. Fida – 013-5133139
Post a Comment