My Handpainted Gallery

MY BESTSELLER

Wednesday, July 13, 2011

Labbaikallahummalabbaik....


"Labbaikallahumma labbaik, labbaikala syarikalakalabbaik, innalhamda wannikmata lakawalmulk la syarikalak..."

********************

At Dammam Airport, before the 1hr 35min flight to Jeddah Airport.


As promised, I would like to share some pictures taken during my last hajj season(Nov 2010). Some pictures are from my own album & some from my friends'-Thank you friends!!. Semoga dapat memberi inspirasi kepada semua....(sorry for a very long delay...).


1. Mina

Kami menyertai pakej haji yang dikendalikan oleh sebuah syarikat/agensi swasta tempatan iaitu Al-Hamra'. Alhamdulillah servis yg sangat memuaskan. Khemah kami terletak di Mina, kurang 10min perjalanan ke Kompleks Jamrah(melontar) yg baru siap diubahsuai...Yang menariknya ialah kerana kami berpeluang tinggal bersama dgn masyarakat tempatan(Saudi) yg turut menyertai pakej tersebut di khemah itu.





Keadaan pintu masuk ke khemah...tempat Pak2 Arab bersantai...sambil minum2...Ada teman2 mengatakan bagi masyarakat tempatan(Saudi) mengerjakan haji adalah seperti pergi 'bercuti'..mungkin disebabkan pada masa inilah mereka dapat bercuti dari kerja(di Saudi cuti AidilAdha adalah selama seminggu)..tetapi bagi kami inilah masa untuk menumpukan sepenuhnya kepada amal ibadat kerana peluang seperti ini terlalu berharga utk dilepaskan.(Alhamdulillah ada kawan yg menolong menjaga ketiga2 anak kami sepeninggalan kami mengerjakan haji ini).


2. Wukuf di Padang Arafah


Hajjah2 muda, penyeri kami-bertuah sungguh mereka(anak2 rakan) yg berpeluang mengerjakan rukun Islam yg kelima pada usia yang muda...


Nasi mandhi kambing...hidangan tengahari sewaktu di Arafah...kata seorang Ustazah(Arab) makanlah sekadar kenyang kerana tenaga yg secukupnya diperlukan utk berdoa & berzikir selepas sahaja masuk waktu zuhur hingga menjelang matahari terbenam. Jika terlalu kenyang akan menyebabkan mengantuk pula..


Selesai sudah melaksanakan rukun haji yang kedua iaitu Wukuf di Arafah...Alhamdulillah, keadaan persekitaran yg selesa(kami dibekalkan sleeping bag setiap seorang) & khemah yang berhawa dingin & angin yg nyaman membolehkan para jemaah menumpukan sepenuh perhatian kepada berzikir & berdoa.. Suasana sayu sewaktu bersiap2 untuk meninggalkan Arafah...Ya Allah terasa terlalu kerdil diri ini sewaktu berdoa menadah tangan ke langit menjelang matahari terbenam(iaitu waktu paling afdal utk berdoa kerana pintu langit terbuka)....



3. Mabit(berhenti/bermalam sebentar) di Muzdalifah


Selepas masuk sahaja waktu Maghrib(matahari terbenam) semua jemaah berkumpul dan menaiki bas masing2 menuju Muzdalifah. Solat Maghrib & Isya' dilakukan secara jama' & qasar sebaik sampai di Muzdalifah. Walaupun jarak di antara Arafah & Muzdalifah tidaklah berapa jauh tetapi disebabkan faktor kesesakan, hampir 2jam barulah kami sampai di Muzdalifah. Sepanjang perjalanan ini terasa betapa bertuahnya kami dapat menaiki kenderaan(bas) yg berhawa dingin & selesa jika dibandingkan jemaah lain di mana ramai yg terpaksa berjalan kaki di dalam kegelapan malam, membawa barang2 keperluan dari Arafah ke Mina...Subhanallah..betapa tinggi semangat mereka menyahut seruan Allah...


(Dari album kawan) - bagi jemaah wanita, khemah ringkas dibina diantara bas2 yg diletakkan berhampiran antara satu sama lain. Jemaah lelaki - di mana2 sahaja pun boleh...(sekadar utk bersolat & berehat sebentar)



4. Kembali semula ke Mina

Hujan batu....selepas kembali semula ke khemah kami di Mina dari Arafah & Muzdalifah, keesokan harinya kami dikejutkan dgn fenomena hujan batu(ais). Setelah sekian lama tidak mengalaminya, tiba2 di Mina dapat merasa sendiri memegang hujan batu..apa lagi..kecoh sekejap khemah kami...


5. Tawaf Rukun(tawaf haji)




Jutaan manusia di dalam Masjidil Haram... Pada waktu puncak seperti musim haji, kesemua tingkat(level) dibuka untuk kemudahan jemaah melakukan tawaf & saie


6. Saie antara Safwa & Marwah


Saie(sebanyak 7 kali antara Bukit Safwa & Marwah) juga boleh dilakukan di mana2 level yang kita pilih...


7. Melontar Jamrah



Pihak tentera mengawal pergerakan jemaah ke Kompleks Jamrah







Subhanallah!! Lautan manusia tanpa mengira bangsa, pangkat & keturunan berjalan menuju ke Kompleks Jamrah..




Alhamdulillah...Kompleks Jamrah yang baru siap diubahsuai menjadi 3 tingkat(khabarnya kontraktor terbabit ialah syarikat dari Malaysia), lengkap dengan escalator, memudahkan pergerakan para jemaah dan tiada langsung kesesakan...







Bergambar kenangan bersama2 rakan2 dari Dammam/Dhahran...


******************************

Hari ke-7...Alhamdulillah...selesai sudah ibadah haji kami...Masing2 sedang menunggu ketibaan bas utk bertolak ke Makkah bagi menyempurnakan tawaf wada'(tawaf selamat tinggal) sebelum berangkat ke Jeddah Airport dan pulang ke rumah masing2(Dammam/Dhahran). Semoga haji kami diterima & mendapat haji yg mabrur di sisi Allah s.w.t....Aamiin..

0 comments:

Sharing is Caring...(dipetik dari Segmen Soal Jawab -JAKIM)

Di
Tarikh Hantar Soalan
:
15/03/2007 03:53 PM
Soalan
:
Apakah hukumnya menggunakan pinggan mangkuk yang dibuat dari abu tulang haiwan. Contohnya dalam website dibawah:
http://home.howstuffworks.com/lenox.htm/printable.
Jawapan
:
Hukum menggunakan abu tulang haiwan yang tidak halal dimakan seperti tulang babi dan seumpamanya dan tulang binatang halal(seperti lembu) tetapi tidak disembelih mengikut hukum syarak untuk membuat pinggan mangkuk adalah haram digunakan oleh umat Islam..
Status
:
Selesai - Paparan Web.
.Nombor Rujukan
:
PANEL SJAI 280807
Tarikh Selesai
:
28/08/2007 03:04 PM

(Untuk makluman semua, apa yang saya tahu/faham ialah biasanya pinggan mangkuk yg mempunyai unsur tulang haiwan akan ditulis/dicetak 'Fine Bone China' di bawahnya. Memang tidak dinafikan produk 'Fine Bone China' mempunyai 'finishing' yg cantik dan 'kekuatan' yg lebih berbanding 'fine porcelain' dan 'stoneware' yg lebih murah harganya tetapi jika berasa waswas lebih baik dielakkan daripada membeli & menggunakannya - Wallahua'lam)



Fine China - Dinnerware designated as "Fine China" usually indicates that feldspar, a glassy and hard crystalline mineral made up mainly of aluminum silicates rather than bone ash has been used as the fluxing (fusing or bonding) agent. Fine china does not have the pure white body seen in bone china - it tends to have a grey-white hue. Bone China - The ingredients of bone china are china clay, china stone, silica, alumina, alkalies, lime and bone ash. It is fired at high temperatures of 2300 to 2500 degrees Fahrenheit. In the best grades of English bone china 50% or more of the body consists of refined bone ash prepared from specially selected animal bones which are reduced to a fine powder by heat. The bone is mixed with the finest china clays and highest quality Cornish stone. Specially skilled workers are needed in the manufacture of bone china and the best and most highly skilled in the world are found in the pottery district of England. Porcelain - Today the term porcelain is used loosely to describe shaped clay fired at extremely high temperatures, much higher than used in conventional china manufacture. When shaped thin enough porcelain is translucent, as is bone china. As a matter of fact, the recipe for both porcelain & bone china are closely aligned. The term "bone china" however, indicates that calcined animal bone ash (usually 25% to 50% of the total mixture) has been added to the basic batter of white clay and pulverized stone. Semi-Porcelain - A harder, more durable form of earthenware. The principle ingredient is china clay or feldspathic clay baked at a high temperature. Often the term semi-porcelain and high-grade earthenware are interchangeable.